Thursday, June 21, 2012

Kedai Buku Sendiri kini di Beluran, Sabah!

Assalamualaikum w.b.t dan salam ceria buat semua ^^

Maaflah, sejak tiba di Beluran ne sibuk sangat ke hulu ke hilir jadi driver sambil-sambil menghantar oder buku para pelanggan semua hingga tak sempat nak update blog ne. Tadi pun baru usai menghantar stok komik di kedai runcit berhadapan dengan Hospital Beluran. Kedai kecil jak tapi bolehlah muatkan sedikit buku-buku dan majalah-majalah untuk menjadi santapan minda para pembaca sekalian. Eh, nak tahu lokasi kedai tu? Jap ya...

Kedai Runcit Azmierul Enterprise (warna hijau)

Haa...itulah kedainya, selain daripada menjual barangan runcit, kedai tersebut juga turut menjual buku dan majalah dari Kedai Buku Sendiri dan barangan Avon edaran Hermah Niaga Enterprise. Sesiapa yang nak ke hospital atau mencari bahan bacaan yang bermutu, bolehlah menjenguk di kedai tersebut.

Buku dan majalah di Kedai Azmierul Enterprise


Okey, janganlah berasa hampa pulak..bukan taknak letak novel banyak-banyak tapi takut pulak tak ada ruang untuk barangan runcit si pemilik kedai. Tak pasal-pasal nanti dia taknak lak amek buku lagi..huhuh, tapi don't worry..dari semasa ke semasa buku dan majalah akan ditambah dan dipelbagaikan bagi memberikan banyak pilihan kepada para pelanggan. Anyway, untuk harga yang lebih murah para pelanggan bolehlah berkunjung ke Kedai Hermah Niaga Enterprise yang terletak di Muanad 3.

Kedai Runcit Hermah Niaga Enterprise (kak ipar punya kedai ne..^^)

Haa...kedai inilah yang menjadi titik bermulanya perniagaan Kedai Buku Sendiri, bermula dengan menjual koleksi buku sendiri, kini Kedai Buku Sendiri mula mengedarkan buku-buku dan majalah-majalah dari syarikat penerbitan terkenal. Semua itu pun berkat sokongan dari pelanggan sekalian.

Buku dan majalah untuk dijual
Hanya satu rak sahaja yang dibenarkan untuk meletak buku, kesian kan..huhuhu, tapi tak pa la yang penting sentiasa ada produk bacaan yang bermutu untuk para pembaca. Sekiranya ada kedai yang ingin mengambil stok buku dan majalah untuk dipasarkan di kedai anda, jangan malu jangan segan..segera hubungi saya untuk tempahan stok buku dan majalah.

Vee : 014-8705248


Okey, setakat ini saja entri pada kali ini. Semoga para pembaca setia dapat menikmati bahan-bahan bacaan yang berkualiti edaran Kedai Buku Sendiri. Selamat membaca semua...^^

Wednesday, June 13, 2012

Senarai Buku Kaki Novel

Assalamualaikum w.b.t dan salam beristirehat semua ^^

Jangan hairan ya, entri terbaru cepat jak timbul sebab ada pelanggan yang meminta supaya saya menyenaraikan tajuk-tajuk novel yang berda dalam stok Kedai Buku Sendiri dan harganya. So, sila la menjamu mata anda semua..=)



AD + IZ (RM 24.00)
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.




AKU BUKAN MISTRESS (RM 25.00)
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.


Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.







AKULAH CINDERELLA (RM 21.00)
Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya. Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?







BIARLAH YM BERBICARA (RM 23.00)
Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu.




BUKAN PUNGGUK RINDUKAN BULAN (RM 20.00)
Pungguk rindukan bulan. Tiga patah perkataan yang bagaikan belati tajam menusuk ke jantung hati Balkis Batrisyia, seorang gadis remaja yang dibelenggu oleh kisah silam orang tuanya hingga meragui status diri. Persoalan yang tidak terjawab di minda menyebabkan dirinya takut menerima cinta walau di hati pernah berbunga sayang. Firdaus dan Fikri. Dua jejaka yang muncul menagih cintanya, namun hampa. Bukan dia menolak, tetapi takdir hidup yang menentukan segala keputusan yang wujud. Sedikit sebanyak tragedi cinta yang menimpa membuat dirinya terasa tidak layak untuk melayari hidup sebagaimana gadis lain. Memiliki kekasih hati dan melayari indahnya alam percintaan.





CALON JODOH UNTUK ADIK (RM 22.00)
Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.









DIA SEGALANYA (RM 40.00)

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.






ISTERI SEPARUH MASA (RM 25.00)
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.






KERANA SEBUAH JANJI (RM 21.00)
Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri?







KURELA CINTA INI BERTAMU (RM 27.00) 
Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?






KUSERU RINDU ITU (RM 29.00)
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
 
 
 
 
 
 
 
 
MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA (RM 37.00)
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.






Okey, buat masa ne hanya ada 12 tajuk buku Kaki Novel yang berada dalam stok tetapi sekiranya para pelanggan ingin memesan sebarang buku jangan malu-malu, just bagi tajuk buku dan penulis/penerbit..insya Allah, novel tersebut akan ditambah masuk ke senarai stok Kedai Buku Sendiri.. Selamat melanggan! ^^

Tuesday, June 12, 2012

Bestseller Kaki Novel dah sampai!

Assalamualaikum w.b.t and morning glory smua..=)

This week memang busy sgt2, dengan jadual yg padat, masa yg kian menyempit, kelam kabut sampai terlupa nak update entri kt blog ne..

Anyway, bersesuaian dengan tajuk kat atas, entri kali ini adalah utuk memaklumkan para pelanggan sekalian bahawa stok bestseller dari Kaki Novel telah selamat diterima semalam..terima kasih la pada En.Fiance sebab sudi membantu saya mengangkat buku-buku terbabit. Maklum lah, semenjak ada pembantu ne badan jadi manja sikit..nak angkat sekotak buku pun rasa x larat..huhu^^

Stok bestseller Kaki Novel

This weekend nak balek Beluran dah, so kena kutip la stok-stok buku terbaru dari Stormreaders. Dah ada yang oder majalah Solusi dan Gen-Q yang terbaru. Stok komik tak kutip lagi, adoi-adoi macam kena tambah lagi pembantu law camne..huhuhu, baru jual buku dah kalut semacam..belum jual orang lg, kan..uppss..guwau jak..hihi^^

Stok komik lama yang dah dijual dan perlu mengutip stok baru untuk terus dijual

Saya sgt2 la berharap, bila balek Beluran nanti Kedai Buku Sendiri dah ada kedai sendiri..huhuhu, law kena menumpang kedai Hermah Niaga Ent. kena la letak buku-buku yang berlebihan di dalam kotak jak..tapi xpa la, as long ada stok buku untuk terus dijual kan... Biar sikit-sikit janji rezeki tak sempit..^^

So, kepada para pelanggan yang ingin memesan buku lebih awal, sila la hubungi/sms saya di talian berikut :

Vee : 0148705248

Diharapkan dengan sokongan anda semua, Kedai Buku Sendiri mampu terus membekalkan bahan-bahan bacaan yang berguna kepada anda semua. Jumpa lagi di entri akan datang. Jaga diri dan jaga adab semua..^^

Thursday, June 7, 2012

Majalah Inspirasi Perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi kepada semua..

Today, saya nak share something yang patut saya share pada anda semua.. Seorang rakan saya sangat-sangatlah berminat dengan majalah Inspirasi Perkahwinan @ IP dan sebenarnya majalah tu majalah baru so susah untuk didapati di Sabah, apatah lagi di Beluran.

Setiap kali saya datang ke KL atas urusan bisnes beliau sering meminta saya untuk membelikan majalah tersebut. Di KL pun susah nak cari taw.. Disebabkan itu, saya rasa it's a good idea if saya menjadi supplier majalah IP di area Sandakan.

Majalah IP isu Julai 2012
Gambar kat atas ne merupakan isu majalah IP yang terbaru, cepat kn diorang update..belum pun abes bulan Jun dah kuar edisi Julai 2012..huhu^^

Tapi mungkin disebabkan itu jugak, majalah ne tersangatlah laku..rasa nak give up gak cari kat KL ne, dekat 10 buah kedai saya cari, tapi tak jumpa gak.. Nasib baik tergerak ati nak gi 7E, kat situ la saya dapat beli majalah IP edisi Jun 2012.

Majalah IP isu Jun 2012 yang dah habis di pasaran^^

So, sekiranya anda berminat untuk melanggan majalah ini atau nak cuba membeli dan membacanya bolehlah segera menghubungi/sms saya di talian berikut:

Vee : 0148705248

Tempahan awal amatlah digalakkan sebab pihak kami tak maw anda kecewa disebabkan kehabisan stok..huhu, okey..jgn lupa ikuti update seterusnya...salam Khamis smua..^^

Tuesday, June 5, 2012

Mukadimah Jun 2012

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya saya dapat jua menjadi pengedar buku ke Sabah dan Sarawak, khasnya di Beluran. Bagi step 1, saya akan mengedarkan buku-buku islamik edaran Stormreaders Sdn. Bhd.

Selain itu, saya juga mengedar khas buku-buku terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd termasuklah majalah Solusi, Gen-Q, al-Ustaz dan sebagainya.

Solusi Isu No.44 (Terbaru)
Gen-Q Isu No.10 (Terbaru)
al-Ustaz Isu No.2 (Terbaru)









Bukan sekadar buku-buku Islamik malah saya turut mengedarkan novel-novel kegilaan ramai terbitan Alaf21, Jemari Seni, Kaki Novel dan sebagainya.

Karangkraf

Jemari Seni

Kaki Novel
Terdapat juga buku-buku teks dan latihan untuk para pelajar.

Buku Belajar Membaca PraSekolah

Buku Belajar Membaca Al-Quran


So, sekiranya anda berminat untuk menempah sebarang majalah atau novel, sila hubungi/sms saya di talian berikut :

Vee : 0148705248 

Majalah/buku-buku tersebut juga boleh diperolehi di kedai runcit Hermah Niaga Enterprise yang beralamat di Kg. Muanad 3, Beluran, Sabah. Sebarang pertanyaan atau permintaan bolehlah merujuk terus kepada saya. Sekian, terima kasih...^^